Facebook padam akaun didakwa terlibat kempen antivaksin


Facebook semalam melaksanakan operasi pembersihan maklumat yang membabitkan penipuan maklumat vaksin Covid-19 yang didakwa menggunakan individu berpengaruh di media sosial. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2021.

FACEBOOK semalam melaksanakan operasi pembersihan maklumat yang membabitkan penipuan maklumat vaksin Covid-19 yang didakwa menggunakan individu berpengaruh di media sosial bagi menyokong gerakan itu.

Jaringan sosial terkemuka melabelkan operasi itu sebagai “pembersihan maklumat” yang bertujuan mengesahkan setiap dakwaan itu melalui pihak yang mempunyai reputasi bersih.

Menurut Facebook, individu berpengaruh dikatakan cuba dikaitkan dalam kempen pemasaran yang diatur oleh Fazze, sebuah syarikat di Rusia.

Facebook berkata, pada Julai pihaknya memadamkan 65 akaun di rangkaian sosial terkemuka dan 243 akaun di Instagram yang berfokus pada foto yang dikaitkan dengan kempen dan melarang Fazze dari platformnya.

Fazze adalah anak syarikat AdNow, sebuah syarikat pengiklanan yang berdaftar di Britain, menurut laporan media.

Operasi itu menyasarkan terutama India dan Amerika Latin tetapi turut menumpukan terhadap Amerika Syarikat (AS).

Akhir tahun lepas, rangkaian akaun palsu mendakwa vaksin AstraZeneca akan mengubah manusia menjadi monyet, lapor Facebook.

Selepas senyap selama lima bulan, mereka cuba membuat kenyataan palsu berkenaan vaksin Pfizer selepas sebelum ini menggodam dokumen AstraZeneca.

Kempen ini memanfaatkan platform dalam talian termasuk Reddit, Medium, Chang.org dan Faceboo, membuat artikel serta petisyen yang mengelirukan kemudian memberikan individu berpengaruh pautan, tanda pagar dan banyak lagi untuk menyebarkan maklumat salah mengenai vaksin, menurut Nimmo.

“Sebenarnya, kempen ini berfungsi sebagai pembersihan maklumat melalui silang-platform,” katanya. – AFP, 11 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen