TIKTOK adalah aplikasi paling banyak dimuat turun di dunia tahun lepas, mendahului Facebook dan platform pemesejannya, kata App Annie pada Selasa.
Aplikasi video milik China melonjak popularitinya walaupun usaha oleh bekas presiden Donald Trump untuk mengharamkannya atau memaksa penjualan kepada pelabur yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), menurut firma penyelidikan.
Tiktok dimiliki Bytedance yang berpangkalan di China, dipercayai mempunyai 1 bilion pengguna di seluruh dunia termasuk lebih 100 juta di AS, dan video ringkasnya sangat popular di kalangan pengguna muda telefon pintar.
Presiden AS Joe Biden pada Jun membatalkan arahan eksekutif penyandangnya yang ingin mengharamkan Tiktok dan WeChat milik China dari pasaran AS susulan kebimbangan keselamatan negara tetapi mengarahkan kajian terhadap potensi risiko perkhidmatan Internet milik asing.
Walaupun perdebatan politik mengenainya, Tiktok naik dari aplikasi yang paling dimuat turun keempat pada 2019 ke tempat teratas tahun lepas, menurut data App Annie.
Tiktok mendahului Facebook dan dua aplikasi gergasi Internet AS Mesengger dan Whatsapp.
Populariti Tiktok mendorong Instagram milik Facebook menambah ciri video untuk mengikuti trend terkini.
Sementara itu, Tiktok bulan lalu mula membenarkan pengguna menyiarkan video sehingga tiga minit panjang, tiga kali ganda berbanding kebiasaan untuk terus mendahului pesaingnya.
Facebook berpendapat lonjakan populariti Tiktok susulan penguatkuasa antimonopoli di AS yang kumpulan California menguasai rangkaian sosial. – AFP, 11 Ogos, 2021.
Komen