PM New Zealand umum hamil anak sulung


Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan sedang hamil anak sulungnya yang dijangka dilahirkan pada Jun. – Gambar AFP, 19 Januari, 2018.

PERDANA Menteri New Zealand Jacinda Ardern hari ini mengumumkan sedang hamil anak sulungnya yang dijangka dilahirkan pada Jun ini, menjadikan beliau pemimpin dunia pertama yang melahirkan anak ketika menjawat jawatan itu.

Ardern, 37, yang mula dilantik pada Oktober berkata kehamilan itu tidak dijangka tetapi ia menggembirakan untuknya dan pasangan, Clarke Gayford.

“Kami sangat gembira. Kami mahukan sebuah keluarga tetapi tidak pasti bila ia akan berlaku kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemimpin berkarisma itu berjaya menjadi perdana menteri, hanya selepas beberapa bulan mengambil alih Parti Buruh.

Ardern berkata beliau akan mengambil cuti enam minggu selepas melahirkan anaknya, dan Timbalan Perdana Menteri Winston Peters akan memangku tugasnya dalam tempoh itu. – AFP, 19 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen