SEMBILAN pesakit koronavirus meninggal dunia semalam di repbulik Rusia Ossetia Utara selepas paip oksigen pecah di sebuah hospital di ibu kota Vladikavkaz, kata pihak berkuasa.
“Sembilan pesakit Covid-19 meninggal dunia kerana kekurangan oksigen di Hospital Klinik Republik Vladikavkaz,” kata agensi berita Rusia yang memetik kementerian itu.
Kementerian kesihatan berkata, seramai 71 pesakit berada dalam unit rawatan rapi ketika kemalangan berlaku termasuk 13 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kesemua sembilan pesakit yang meninggal dunia adalah mereka yang menggunakan alat bantuan pernafasan.
Minyaylo berkata, paru-paru sembilan pesakit sudah mengalami kerosakan 90 peratus sebelum saluran paip pecah.
Beliau berkata, masalah itu segera dikesan dan diselesaikan dalam tempoh 30 hingga 40 minit sebelum pesakit dipindahkan ke silinder oksigen dan sumber oksigen tambahan.
Tambahnya, republk Ossetia Utara di wilayah Kaukasus Utara Rusia tidak mempunyai masalah untuk membekalkan oksigen ke hospitalnya.
Rusia sudah menyaksikan beberapa kemalangan di hospital Covid-19 menyebabkan berlakunya kematian semasa wabak berkenaan.
Pada Jun, seramai tiga orang maut dalam kebakaran di sebuah hospital di bandar Ryazan di tenggara Rusia apabila alat bantuan pernafasan rosak dipercayai disebabkan oleh kebakaran.
Beberapa pesakit juga maut pada Mei tahun lalu dalam satu kebakaran di hospital di Moscoq dan Saint Petersburg apabila alat bantuan pernafasan juga rosak yang dipercayai punca kebakaran.
Russia adalah negara keempat paling teruk terjejas di dunia dengan hampir 6.5 juta sudah dijangkiti virus berkenaan, menurut laporan AFP.
Dengan 165,650 kematian akibat virus tersebut, Rusia mencatatkan jumlah kematian Covid-19 tertinggi di Eropah – walaupun pihak berkuasa dituduh meremehkan wabak berkenaan.
Agensi statistik Rosstat berkata Rusia menyaksikan sekurang-kurangnya 290,000 kematian pada akhir Mei. – AFP, 10 Ogos, 2021
Komen