KEMENTERIAN Kesihatan mengesan 36 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini sebanyak 1,232.
Kluster tempat kerja menyumbang kepada jumlah kluster tertinggi sebanyak 19 kluster, diikuti oleh 13 kluster komuniti, dua melibatkan pusat tahanan dan masing-masing satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan kluster agama.
Kluster tempat kerja:
1. Jalan Mengkibol Empat di Klang, Johor - 13 kes
2. Industri SILC Dua di Johor Bahru, Johor - 14 kes
3. Jalan Firma Selatan di Johor Bahru, Johor - 16 kes
4. Jalan Seelong 19 di Kulai, Johor - 16 kes
5. Perusahaan Parit Raja di Batu Pahat, Johor - 29 kes
6. Jalan Chaah di Segamat, Johor - 35 kes
7. Ladang Sungai Kajang di Kluang, Johor - 70 kes
8. Industri Batu Tampoi di Johor Bahru, Johor - 9 kes
9. Industri Delima Satu di Klang dan Petaling, Selangor - 86 kes
10. Tapak Bina Persiaran Mahkota di Kuala Langat, Selangor - 119 kes
11. Industri Tambak Jawa di Kuala Selangor, Selangor - 5 kes
12. Industri Jalan Salleh 29 di Klang, Selangor - 51 kes
13. Dah Tapak Bina Astana di Kuala Muda, Kedah - 21 kes
14. Dah Tapak Bina Abas di Baling, Kedah - 68 kes
15. Kampung Mujur Jelawat di Bachok, Kelantan - 15 kes
16. R16 Jalan Bukit Keteri di Kangar, Perlis - 11 kes
17. Jalan Gajah Mati di Seberang Perai Tengah, Penang - 39 kes
18. Jalan Pisang Raja di Bintulu, Sarawak – 10 kes
19. Lot Q Fasa Dua di Dungun dan Kuala Terengganu, Terengganu - 82 kes
Kluster komuniti:
1. Kampung Tok Burung Perupok di Bachok, Kelantan – 16 kes
2. Kampung Bukit Gading di Tanah Merah, Kelantan – 20 kes
3. Perumahan Kelapa Wangi di Pasir Mas, Kelantan - 5 kes
4. Jalan Masjid Batu Dua di Kota Bahru dan Bachok, Kelantan - 18 kes
5. Belakang Perumahan Tanjung Chat di Kota Bharu, Kelantan - 16 kes
6. Kampung Langgar di Kota Bharu, Kelantan - 14 kes
7. Jalan Kampung Paloh di Kota Bharu, Kelantan - 13 kes
8. Kampung Chenerai di Pasir Mas, Kelantan - 16 kes
9. Kampung Sri Muda di Jerantut, Pahang - 23 kes
10. Sungai Tekam Utara di Jerantut, Pahang – 21 kes
11. Rantau Sent di Maran, Pahang - 36 kes
12. Bukit Tampoi di Sepang, Selangor - 35 kes
13. Temenggong Kuala di Kuala, Johor - 21 kes
Dua kluster pusat tahanan dikesan di Pagar Gua Musang di Gua Musang, Kelantan (7 kes) dan Tembok Bukit Mertajam 2 di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (114 kes).
Kluster agama dilaporkan di Jalan Pinang di Klang, Johor dan melibatkan 19 kes.
Satu kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Dah Batu 18 di Yan dan Kuala Muda, Kedah dengan 21 kes dilaporkan di situ. – 9 Ogos, 2021.
Komen