RUSIA setakat ini belum mengesahkan sama ada kumpulan Taliban telah menawan bandar strategi, Kunduz ketika militan itu meningkatkan serangan ke seluruh Afghanistan, lapor Sputnik.
Semalam, Taliban mendakwa sudah menguasai Kunduz namun, Kerajaan Afghanistan menafikan perkara itu.
“Zaranj (ibu negara wilayah Nimruz) telah dirampas (oleh Taliban) dan juga Sheberghan, tetapi Kunduz belum ditakluki,” kata wakil khas presiden mengenai Afghanistan, Zamir Kabulov.
Pertempuran bersenjata antara Taliban dan tentera kerajaan Afghanistan semakin meningkat sejak tentera asing mula berundur pada Mei. Misi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan menganggarkan lebih 5,000 orang awam terbunuh atau cedera di negara ini pada 2021, peningkatan 47 peratus berbanding 2020. – Bernama, 8 Ogos, 2021.
Komen