BANDAR Nagasaki di Jepun pada Isnin menyambut ulang tahun ke-76 kemusnahannya oleh bom atom Amerika Syarikat, dengan datuk bandar meminta masyarakat dunia memperbaharui perjanjian larangan nuklear.
Pada penghujung perang dunia kedua, Nagasaki menjadi padang jarak padang tekukur mengorbankan 74,000 orang, tiga hari selepas bom nuklear menyerang Hiroshima.
Serangan kembar itu terjadi pada zaman nuklear, di mana Jepun satu-satunya negara yang diserang senjata atom dalam sejarah perang.
Rakyat yang selamat dan segelintir orang kenamaan mengucapkan doa pada pukul 11.02 pagi waktu tempatan, yakni tepat pada masa senjata nuklear kedua dan terakhir dijatuhkan ketika itu.
Buat tahun kedua, jumlah orang yang hadir jauh lebih kecil kerana sekatan Covid-19.
Upacara itu yang pertama sejak perjanjian antarabangsa yang melarang senjata nuklear berkuat kuasa tahun lalu.
“Pemimpin dunia perlu beri komitmen tinggi mengurangkan senjata nuklear dan membina kepercayaan melalui dialog, dan masyarakat sivil perlu mendorong mereka ke arah ini,” kata datuk bandar Nagasaki, Tomihisa Taue.
Perjanjian itu belum ditandatangani oleh negara yang ada senjata nuklear, namun aktivis percaya ia akan beri kesan secara beransur-ansur.
Jepun juga tidak menandatanganinya, berkata perjanjian itu tidak membebankan tanpa adanya pembelian senjata nuklear.
“Sebagai satu-satunya negara yang mengalami pengeboman atom ketika perang, menjadi misi kami untuk terus memajukan usaha masyarakat antarabangsa, langkah demi langkah, ke arah mewujudkan dunia yang bebas daripada senjata nuklear,” kata Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada majlis tersebut.
Pada Jumaat, Jepun menandakan 76 tahun sejak AS menjatuhkan bom atom pertama di Hiroshima, membunuh sekitar 140,000 orang.
Barack Obama menjadi presiden AS pertama berkunjung ke Hiroshima pada 2016, namun Washington tidak pernah memohon maaf atas pengeboman tersebut.
Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach membuat perjalanan ke Hiroshima pada Julai sebelum bermulanya Sukan Olimpik Tokyo 2020, bagi menandakan bermulanya gencatan senjata Olimpik - tradisi yang meminta menghentikan konflik global untuk membolehkan perjalanan atlet selamat. – AFP, 9 Ogos, 2021.
Komen