Pasukan polo air Greece sumbang hadiah Olimpik


Pasukan polo air Greece menang pingat perak di Olimpik Tokto selepas tewas kepada Serbia pada peringkat final. – Gambar AFP, 9 Ogos, 2021.

PASUKAN polo air Greece di Olimpik Tokyo akan menyumbangkan sebahagian wang hadiah yang diterima daripada pemilik pasukan bola sepak Olympiakos, Vangelis Marinakis kepada mangsa kebakaran hutan di seluruh negara.

“Kami ucapkan terima kasih kepada Marinakis seikhlasnya atas kemurahan hatinya. Kami menganggap ia adalah tugas kami untuk menyumbangkan sebahagian jumlah hadiah itu kepada mangsa kebakaran hutan,” kata kapten pasukan Giannis Foundoulis.

Ia diumumkan menerusi kenyataan media dikeluarkan Jawatankuasa Olimpik Greece.

Greece tewas kepada Serbia dalam perlawanan akhir acara polo air di sukan Olimpik Tokyo.

Marinakis berkata beliau akan menghadiahkan 200,000 euro kepada pasukan itu. – AFP, 9 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen