KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 39 kluster Covid-19 yang sebahagian besar melibatkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah kluster dilaporkan hari ini paling tinggi setakat ini. Rekod tertinggi sebelum ini pada 16 Julai di mana 37 kluster dilaporkan.
Dr Noor Hisham berkata, 18 kluster daripada 39 kluster dilaporkan hari ini berkait tempat kerja, 15 kluster melibatkan komuniti, dua kluster pusat tahanan serta masing-masing satu melibatkan aktiviti agama dan pendidikan.
Tambahnya, jumlah kluster baharu ini menjadikan kluster aktif negara kini sebanyak 1,213.
Kluster tempat kerja
1. Tapak Bina Jalan Aman Serenia di Petaling dan Sepang, Selangor - 36 kes
2. Jalan Kelicap 42B di Klang, Selangor - 29 kes
3. Industri Lorong Tandang di Petaling, Selangor - 26 kes
4. Tapak Bina Jalan Teknokrat di Sepang, Selangor - 16 kes
5. Tapak Bina Jalan Kuchai Maju di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 118 kes
6. Jalan Rusa 2 di Cheras, Kuala Lumpur - 28 kes
7. Tapak Bina Jalan U-Thant 2 di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 15 kes
8. Bukit Bakri Muar di Muar, Johor - 33 kes
9. Industri Keluli 11 di Johor Bahru, Johor - 27 kes
10. Industri MIEL Gebeng di Kuantan, Pahang - 33 kes
11. Industri Gebeng 2/1 di Kuantan, Pahang - 24 kes
12. Jalan Ding Lik Kwong Dua di Sibu, Sarawak - 15 kes
13. Jalan Buan di Tatau, Sarawak - 12 kes
14. Bukit Tengah 2 di Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu, Terengganu - 126 kes
15. Dah Dua Industri Sungai Petani di Kuala Muda, Kedah - 33 kes
16. Persiaran S2 di Seremban, Negeri Sembilan - 15 kes
17. Jalan Pasar Bukit Mertajam di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang - 12 kes
18. Seksyen 20 Jalan Darul Naim di Kota Bharu dan Pasir Mas, Kelantan - 7 kes
Kluster komuniti
19. Kampung Pasir Kota di Kota Bharu, Kelantan - 20 kes
20. Kampung Gok Kapur di Kota Bharu, Kelantan - 19 kes
21. Kampung Chenderong Batu Timur di Tumpat, Kelantan - 18 kes
22. Kampung Tok Pah di Kota Bharu, Kelantan - 13 kes
23. Jalan Kuala Besar di Kota Bharu, Kelantan - 10 kes
24. Ketapang Hilir Pekan di Pekan, Pahang - 38 kes
25. Rantau Seroja di Maran, Pahang - 34 kes
26. Kampung Tersusun di Lipis, Pahang - 15 kes
27. Jalan Feri Lama di Rompin, Pahang - 14 kes
28. Gajah Mati Jerantut di Jerantut, Pahang - 13 kes
29. Taman Malihah di Kuching, Sarawak - 40 kes
30. Kampung Pulo Ulu di Kuching, Sarawak - 23 kes
31. Pengadang Baru di Kuala Terengganu, Terengganu - 87 kes
32. Desa Enam Belas di Sabak Bernam, Selangor - 16 kes
33. Dah Kampung Sawa di Pendang, Kedah - 40 kes
Tambah Dr Noor Hisham, dua kluster pusat tahanan dilaporkan di Pagar Bagan Serai di Kerian, Perak (50 kes) dan Tembok Penor di Kuantan, Pahang (30 kes).
Katanya, dua kluster berisiko tinggi yang dikesan hari ini di Jalan Stutong Baru di Kuching, Sarawak (22 kes) dan di Persiaran Lemak di Cheras, Kuala Lumpur (14).
Satu kluster pendidikan dengan 13 kes dilaporkan di Jalan Kampung Demit di Kota Bharu, Kelantan, manakala kuster agama dikesan di Dah Kampung Derangin Kota Setar, Kedah (38). – 8 Ogos, 2021.
Komen