TALIBAN pada Ahad mendakwa telah menawan bandar Kunduz di Afghanistan selepas menghadapi pertempuran sengit di situ.
Perkara ini disahkan oleh seorang wartawan AFP yang berada di sekitar kawasan itu.
Kunduz merupakan pusat bandar wilayah ketiga yang jatuh ke dalam tangan Taliban dalam tiga hari terakhir ini, namun juga merupakan namun pencapaian besar Taliban sejak melancarkan serangan pada Mei ketika pasukan tentera asing mula keluar dari negara itu.
“Selepas beberapa pertempuran sengit para mujahidin, dengan rahmat Tuhan, menawan pusat bandar wilayah Kunduz hari ini,” kata Taliban dalam satu kenyataan.
Seorang wartawan AFP di sekitar itu berkata, “Kunduz sudah jatuh… Taliban telah ambil semua kawasan utama di bandar itu.”
Dalam pada itu, seorang penduduk lain menyifatkan bandar itu dipenuhi kekacauan penuh.
“Taliban telah tiba di dataran utama bandar ini. Pesawat mengebom mereka,” dakwa Abdul Aziz, penduduk yang dihubungi melalui telefon.
Cengkaman pemerintah yang lemah di utara merosot setiap jam, dengan Taliban juga menuntut kawalan bandar wilayah utara Sar-e-Pul.
Seorang ahli Parlimen bandar itu memberitahu AFP pemberontak berada di pusat bandar dan pertempuran sedang berlangsung di jalan-jalan raya.
Kunduz bandar paling penting yang dirampas Taliban setakat ini.
Bandar itu kerap menjadi sasaran Taliban, yang dengan cepat menawan bandar itu pada 2015, namun gagal dalam percubaan merampas pada 2016.
Kementerian pertahanan berkata pasukan tentera kerajaan berjuang merebut kembali kawasan utama bandar itu.
“Pasukan komando telah melancarkan operasi pembersihan. Beberapa kawasan, termasuk bangunan radio dan TV nasional, telah dibebaskan dari pengganas Taliban,” katanya dalam satu kenyataan.
Afghanistan Utara telah lama dianggap sebagai kubu kuat anti-Taliban yang menyaksikan beberapa pertempuran keras terhadap pemerintahan militan pada 1990-an.
Wilayah ini terus menjadi rumah bagi beberapa puak pemberontak dan juga merupakan tempat merekrut angkatan bersenjata negara itu. – AFP, 8 Ogos, 2021.
Komen