18,688 kes baharu Covid-19


Raevathi Supramaniam

Ahli keluarga mangsa wabak Covid-19 menyaksikan pengebumian dari jauh orang kesayangan mereka di Klang, Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Ogos, 2021.

MALAYSIA melaporkan 18,688 kes baharu Covid-19 hari ini, menurun sedikit berbanding semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

19,257 kes baharu dilaporkan semalam, jumlah kes harian tertinggi pernah dicatat negara adalah pada Jumaat lepas dengan 20,889 kes baharu dilaporkan.  

Data terbaru itu menjadikan jumlah kes Covid-19 terkumpul setakat ini adalah 1,262,540.

Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian tertinggi hari ini dengan 8,448 kes, meliputi Selangor (6,565) dan Kuala Lumpur (1,883).

Kedah pula berada di kedudukan seterusnya dengan 1,610 kes.

Sementara itu, Sabah melaporkan 1379 kes, Johor (1,308), Pulau Pinang (694), Kelantan (870), Negri Sembilan (1,140), Perak (861), Pahang (602), Sarawak (581), Terengganu (598), Melaka (526), Putrajaya (63), Perlis (6) dan Labuan hanya 2 kes.

Sehingga hari ini, 8.2 juta atau 25.3% penduduk di negara ini sudah menerima dua dos vaksin dan 15.3 juta atau 47% lagi menerima satu dos vaksin.

65.6% populasi dewasa pula sudah menerima satu vaksin dan 35.3% sudah melengkapkan dua dos vaksin.

Noor Hisham berkata trend penurunan kes akan disaksikan negara menjelang akhir bulan ini, sebaik sahaja 40% populasi penduduknya sudah lengkap divaksin.

Putrajaya menetapkan sasaran keseluruhan populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang Oktober. – 8 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen