CHINA menguasai temasya Olimpik 2020 dengan menghimpun 38, pingat emas, paling banyak waktu ini di antara 85 negara peserta.
Negara itu juga dapat membawa pulang 31 emas dan 18 gangsa, menjadikan keseluruhan 87 pingat.
Amerika Syarikat di tangga kedua pula menjuarai jumlah pingat keseluruhan dengan 108 pingat melalui 36 emas, 39 perak dan 33 gangsa dikutip kontinjen itu.
Negara tuan rumah Jepun di tangga ketiga dengan 27 emas, 12 perak dan 17 gangsa.
Malaysia mengutip pingat gangsa tunggal melalui regu badminton lelaki pada 30 Julai lalu.
Peluang negara seterusnya untuk merangkul pingat dijangka melalui pelumba basikal Azizulhasni Awang yang layak ke suku akhir acara keirin lelaki. – 8 Ogos, 2021.
Komen