8 hilang insiden hutan terbakar di California


Kain rentang patriotik dilihat di depan sebuah bangunan yang terbakar akibat Dixie Fire di in Greenville, California. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2021.

PIHAK berkuasa Amerika Syarikat (AS) giat mencari lapan individu yang dilaporkan hilang dalam kebakaran besar hutan di utara California mengakibatkan lebih dua bandar hangus.

Dixie Fire, iaitu kebakaran terbesar yang merebak pantas di AS kini menjadi yang ketiga terbesar dalam sejarah California.

Sehingga semalam, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 180,782 hektar hutan di empat daerah, meningkat daripada hari sebelumnya iaitu 174,962 hektar melepasi kebakaran Bootleg di selatan Oregon.

Kebakaran hutan Dixie kini mengakibatkan hampir 21%, lapor CalFire.

Ketua Bahagian Operasi Pasukan Bomba Jake Cagle berkata cuaca dingin dan tenang melegakan sedikit anggota pasukan bomba walaupun kebakaran marak dan keadaan itu dijangka berterusan hingga hari ini.

“Kami menjangkakan keadaan sama seperti semalam sederhana,” katanya dalam taklimat semalam.

Terdahulu, Dixie Fire mengakibatkan bandar Green Rush Greenville musnah, selain membakar bandar kecil Canyondam.

Pejabat Sheriff Plumas County berkata pihaknya menerima laporan lapan individu hilang di Greenville dan usaha mencari sedang giat dilakukan.

Susulan itu, pihak berkuasa menggesa ribuan penduduk tempatan supaya mengosongkan kediaman sehingga ada di antara mereka dipaksa tentera bersenjata, lapor Los Angeles Times, semalam.

Pergerakan Dixie Fire ke arah timur laut dilaporkan perlahan berikutan menjangkaui bekas kebakaran Fire Moonlight 2007, sekali gus mengurangkan bahan bakar yang ada, kata CalFire. – AFP, 8 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen