GPS akan sokong Muhyiddin di Parlimen


Desmond Davidson

Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi negara juga perlu mempercepatkan proses vaksinasi dan sekali gus mejadikan negara berada dalam keadaan stabil. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Ogos 2021.

SEMUA 18 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memilih Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika undi percaya dibentangkan di Parlimen, kata Setiausaha Agungnya, Alexander Nanta Linggi.

Katanya, keputusan itu dibuat pada pertemuan ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan ketua GPS Abang Johari Openg.

“Kami (akan) memilih sebagai parti (gabungan). Keutamaan GPS hari ini adalah rakyat dan menangani wabak Covid-19,” katanya selepas pertemuan itu.

Beliau menambah, negara juga perlu mempercepatkan proses vaksinasi dan sekali gus mejadikan negara berada dalam keadaan stabil.

Linggi, yang juga Ahli Parlimen Kapit dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam satu kenyataan menyokong titah Yang di-Pertuan Agong agar kerajaan PN dapat meneruskan pemerintahan sehingga keabsahannya ditentukan pada persidangan Parlimen bulan depan.

Mengutuk cubaan terbaru bagi menyingkirkan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan menjerumuskan negara ini ke dalam tahap ketidakpastian politik baru dalam jangka masa 20 bulan, Linggi mengatakan ia hanya menimbulkan lebih banyak kerisauan di kalangan orang yang sudah dilanda wabak tersebut.

Beliau berharap semua pihak berhenti berpolitik sehingga Parlimen dibuka semula.

“(Setelah itu) semua ahli Parlimen dapat membuat keputusan mengenai apakah akan menyokong perdana menteri atau tidak.” – 7 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen