Sistem terkini Apple mampu kesan bahan penderaan seksual kanak-kanak di iPhone


Sistem operasi Apple akan memantau bahan penderaan seksual kanak-kanak dan melaporkannya kepada Pusat Kanak-kanak Hilang dan Eksploitasi Kebangsaan. – Gambar EPA, 6 Ogos, 2021.

APPLE pada Khamis berkata iPhone dan iPad tidak lama lagi akan mula mengesan gambar yang mengandungi bahan penderaan seksual kanak-kanak dan melaporkannya apabila ia dimuat naik ke iCloud.

Sistem operasi Apple akan memantau gambar, yang membolehkan ia melaporkannya kepada Pusat Kanak-kanak Hilang dan Eksploitasi Kebangsaan, menurut kenyataan syarikat yang berpusat di Silicon Valley itu.

“Kami ingin membantu melindungi kanak-kanak daripada pemangsa yang menggunakan alat komunikasi untuk merekrut dan mengeksploitasi mereka, dan mengehadkan penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM),” kata Apple.

Teknologi baharu itu akan membolehkan sistem operasi telefon memadankan foto yang tidak senonoh di telefon pengguna dengan pangkalan data gambar CSAM, kemudian menandakan gambar tersebut ketika ia dimuat ke iCloud, kata Apple.

Ciri itu juga bakal dilaksanakan kepada peranti mudah alih Apple, menurut syarikat itu.

Aplikasi pemesejan iPhone Apple juga akan menggunakan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti dan memberi amaran kepada kanak-kanak dan ibu bapa apabila menerima atau menghantar gambar seks, kata syarikat itu dalam kenyataan itu.

Dan pembantu peribadi Siri akan diajar untuk “campur tangan” apabila pengguna mencuba mencari topik berkaitan penderaan seks kanak-kanak, menurut syarikat itu. – AFP, 6 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen