SELEPAS Pengasas Virgin Galactic, Richard Branson berjaya ke angkasa lepas, syarikat itu pada Khamis mengumumkan akan memulakan semula penjualan tiket dengan harga bermula AS$450,000.
Harga baru ini kira-kira dua kali ganda berbanding AS$200,000 hingga AS$250,000 yang dibayar oleh kira-kira 600 orang yang sebelum ini menempah antara tahun 2005 hingga 2014, ketika syarikat mengambil kesempatan atas kejayaan ujian penerbangan ujian bulan lalu.
“Kami sangat gembira mengumumkan pembukaan semula penjualan yang berkuat kuasa hari ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Michael Colglazier dalam satu kenyataan, dengan keutamaan kepada mereka yang berada dalam senarai menunggu.
Pada 11 Julai, Branson mengalahkan pemilik Blue Origin Jeff Bezos sebagai jutawan pertama berjaya ke ruang angkasa. Bezos kemudian berjaya melakukannnya sembilan hari kemudian.
Penerbangan ujian seterusnya akan dijalankan pada September dan melibatkan anggota Tentera Udara Itali.
Terdapat satu lagi ujian selepas misi September, sebelum penerbangan komersial pertama akan dilakukan pada suku ketiga 2022, kata Colglazier.
Tawaran untuk pelanggan akan merangkumi satu tempat duduk; berbilang tempat duduk untuk pasangan, rakan atau keluarga; dan pembelian penuh satu penerbangan.
Dua tempat duduk percuma bagi penerbangan awal ditawarkan dalam cabutan hadiah, dengan pendaftaran dibuka hingga 1 September.
Pesawat angkasa lepas itu pada awalnya dirancang untuk membawa enam kru, tetapi semasa penerbangan bulan lalu, yang digambarkan sebagai penuh dengan hanya empat individu - menunjukkan ia adakah jumlah maksimum mereka.
Pengalaman melihat ruang angkasa Virgin melibatkan pesawat khas, VSS Unity, yang melekat pada perut pesawat pengangkut besar dari landasan di Spaceport America di New Mexico.
Selepas mencapai ketinggian tertentu, pesawat angkasa dilepaskan dari kapal induknya dan menyalakan enjin roketnya, naik hingga melebihi 80km di atas permukaan laut.
Penumpang boleh membuka tali pinggang keselamatan dan mengalami beberapa minit keadaan tanpa grafiti sebelum pesawat meluncur kembali ke landasan untuk mendarat. – AFP, 6 Ogos, 2021.
Komen