Kementerian Kesihatan digesa tetapkan SOP baharu tangani Covid-19


Angie Tan

Kes Covid-19 di negara ini merekodkan trend lima angka walaupun beberapa siri sekatan pergerakan dan program vaksinasi dipergiat. Semalam, 20569 kes baharu Covid-19 dilaporkan dan ia merupakan rekod tertinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan perlu semak semula prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kerana ia sudah tidak sesuai berikutan lonjakan kes di Malaysia kini melibatkan pesakit tidak bergejala, kata pakar kesihatan dan ahli Parlimen.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight dengan varian Delta menjadi lazim dalam masyarakat, sangat penting untuk perbaharui SOP bagi mencegah lebih banyak jangkitan.

Pakar kesihatan berkata prosedur normal dengan memeriksa suhu badan sahaja tidak memadai, dan menambah kebanyakan negara lain di dunia sudah tidak mempraktikkan langkah ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Chong Chee Keong berkata peningkatan jumlah pesakit bergejala dan tidak bergejala yang tidak menyedari mereka dijangkiti Covid-19 kini menyebarkan virus berkenaan.

Mereka ini tidak menunjukkan sebarang gejala telah dijangkiti virus berkenaan.

“Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pemeriksaan suhu badan tidak berkesan kerana kebanyakan orang yang demam akan mengambil ubat untuk mengawal suhu dan mengatasi halangan ini, katanya kepada The Malaysian Insight

Beliau memberikan contoh apa yang berlaku di Parlimen minggu lalu apabila wbaak itu dikesan walaupun ahli Parlimen melepasi pemeriksaan suhu badan ketika memasuki bangunan berkenaan.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata gejala Covid-19 kini tidak lagi termasuk demam namun orang ramai masih mematuhi SOP kerana ia ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Ini memberikan orang ramai rasa selamat yang salah kerana suhu badan mereka tidak meningkat.”

Pakar biologi Lim Chee Han turut bersetuju bahawa kini sudah tiba masanya kementerian mengemaskini SOP bagi mengelakkan penularan lebih teruk.

“Langkah yang sedia ada kini tidak memadai, kecuali vaksinasi, dan ia perlu diperbahaui,” katanya, sambil menambah apabila seseorang pesakit demam, dia mungkin telah dijangkiti virus  lebih dari dua hari.

“Walaupun pemeriksaan suhu badan di setiap pintu masuk bangunan dan kedai, kes tetap tinggi.”

Kes Covid-19 di negara ini merekodkan trend lima angka walaupun beberapa siri sekatan pergerakan dan program vaksinasi dipergiat. Semalam, 20569 kes baharu Covid-19 dilaporkan dan ia merupakan rekod tertinggi.

Lembah Klang menyumbang lebih separuh daripada jumlah itu dengan Selangor merekodkan 8,549 kes manakala Kuala Lumpur 2,163 kes jangkitan.

Beliau berkata mempergiatkan program vaksinasi merupakan cara terbaik untuk melindungi rakyat dan mengelakkan mereka yang dijangkiti selepas menerima vaksin mengalami gjala lebih teruk.

Beliau turut mencadangkan Kementerian Kesihatan menambah baik maklumat yang dikongsikan bersama masyarakat.

“Jumlah kes harian tidak menyatakan berapa ramai pesakit yang yang sudah divaksin dan berapa ramai yang belum,” kata Lim. – 6 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen