Korea Selatan sasar jadi pengeluar vaksin ke-5 terbesar di dunia menjelang 2025


Vaksin Covid-19 yang dihasilkan di Korea Selatan bakal memasuki ujian klinikal fasa tiga bulan ini dan dapat digunakan secara komersial pada pertengahan 2022. – Gambar AFP, 5 Ogos, 2021. 

KOREA Selatan menyasarkan untuk menjadi negara pengeluar vaksin kelima terbesar dunia dalam tempoh empat tahun akan datang, sejajar dengan usaha negara ini untuk menjadi hab pengeluaran vaksin Covid-19 global, lapor Yonhap.

Presiden Moon Jae-in turut berikrar untuk menjadikan pembangunan vaksin sebagai satu daripada tiga bidang teknologi strategik negara, bersama dengan bidang semikonduktor dan bateri, dan melabur 2.2 trilion won (US$1.92 bilion) untuk tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat mengenai strategi hub vaksin kerajaan yang diadakan di Pejabat Presiden (Cheong Wa Dae) pada Khamis.

Katanya, vaksin Covid-19 yang dihasilkan dalam negara bakal memasuki ujian klinikal fasa tiga bulan ini dan berharap ia dapat digunakan secara komersial pada pertengahan 2022. – Bernama, 5 Ogos, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen