PBB sambut baik pelantikan menteri Brunei duta khas Asean ke Myanmar


Menteri Luar II Brunei Erywan Mohd Yusof dilantik sebagai duta khas Asean ke Myanmar dalam usaha Asean cari jalan penyelesaian krisis di negara itu. – Gambar AFP, 5 Ogos, 2021.

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Rabu menyambut baik pelantikan Menteri Luar II Brunei Erywan Mohd Yusof sebagai duta khas Asean ke Myanmar.

Pelantikan ini satu lagi langkah penting ke arah pelaksanaan konsensus yang dipersetujui dalam Mesyuarat Pemimpin Asean pada 24 April lalu, kata jurucakapnya Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

PBB berharap dapat terus bekerjasama dengan Asean ke arah mencari jalan penyelesaian krisis di Myanmar, dengan melihat peranan yang saling melengkapi antara duta khas Aseab serta utusan PBB, lapor Xinhua. – Bernama, 5 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen