SEKURANG-kurangnya 10 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van membawa pendatang asing tanpa izin di Texas, kata pihak berkuasa semalam.
Jabatan Keselamatan Awam Texas (DPS) dalam satu kenyataan berkata kemalangan yang berlaku berhampiran Falfurrias, beberapa kilometer dari sempadan Mexico itu sedang disiasat.
Seorang saksi berkata van yang dipandu laju itu merempuh tiang papan tanda di lebuh raya.
“Pemandu dan sembilan penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan Texas Highway Patrol.
New York Times memetik Sherif Brooks County Urbino Martinez sebagai berkata van terbabit membawa 30 penumpang ketika kejadian. – AFP, 5 Ogos, 2021.
Komen