Kebakaran hutan merebak ke loji kuasa Turki


Loji kuasa termal Kemerkoy di bandar Milas dikosongkan semalam ekoran kebakaran hutan yang semakin merebak. – Gambar AFP, 5 Ogos, 2021.

SEBUAH loji tenaga termal Turki di bandar Milas di wilayah Mugla dikosongkan semalam ekoran kebakaran hutan yang semakin merebak.

Pihak berkuasa tempatan berkata usaha memadamkan api berdepan kesukaran susulan angin kencang di wilayah di barat daya Turki itu.

Tangki hidrogen yang digunakan untuk menyejukkan Loji Tenaga Termal Kemerkoy sudahpun dikosongkan dan diisi dengan air sebagai langkah berjaga-jaga.

Manakala petugas loji dan penduduk sekitarnya sudah dipindahkan menerusi laluan laut, kata Kementerian Pertahanan Turki.

Loji berkenaan beroperasi menggunakan arang batu dan minyak gas.

Beberapa foto yang dimuat naik Datuk Bandar Milas Muhammet Tokat di Twitter menunjukkan api sudah merebak ke pintu masuk loji berkenaan.

“Loji sudah dikosongkan sepenuhnya,” tulisnya.

Kebakaran hutan di bahagian selatan Turki masuk minggu kedua, menyaksikan semakin banyak kawasan terjejas dan ribuan penduduk perlu dipindahkan. Setakat ini, lapan orang – AFP, 5 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen