Taliban beri amaran lancar lebih banyak serangan 


Pasukan keselamatan Afghanistan mempertingkatkan kawalan keselamatan susulan serangan Taliban di Kabul.– Gambar EPA, 5 Ogos, 2021.

TALIBAN memberi amaran lebih banyak serangan akan dilancarkan menyasarkan pemimpin kerajaan Afghanistan. sehari selepas menteri pertahanan terselamat dalam cubaan bunuh ketika kumpulan itu cuba menguasai beberapa bandar di seluruh negara berkenaan.

Serangan bom dan senjata api ke atas Menteri Pertahanan Bismillah Mohammadi pada Selasa mencetuskan perang di ibu negara berkenaan buat pertama kali dalam tempoh beberapa bulan.

Pertempuran mula menular ke kawasan luar bandar sejak Mei lalu apabila pasukan keselamatan dalam fasa terakhir untuk berundur.

Tentera Afghanistan dan Amerika mempertingkatkan serangan udara terhadap kumpulan pemberontak dan Taliban, kata Kabul.

“Serangan itu merupakan permulaan serangan balas ke atas pemimpin pentadbiran Kabul yang mengarahkan serangan dan pengeboman di beberapa bahagian di negara ini,” kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid dalam satu kenyataan di media sosial.

Bom pertama meledak di tengah Kabul, yang menyaksikan asap tebal menjulang ke langit, lapor koresponden AFP.

Kurang dua jam kemudian satu lagi letupan kuat kedengaran diikuti beberapa etupan kecil dan bunyi tembakan di kawasan perumahan yang menempatkan beberapa kedutaan, termasuk kedutaan AS.

Menteri terselamat dan pasukan keselamatan Afghanistan berjaya menangkis serangan berkenaan, namun menurut jurucakap menteri dalam negeri Mirwais Stanikzai, lapan orang terbunuh dan ramai yang tercedera dalam serangan itu. – AFP, 5 Ogos, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen