Bolsonaro disiasat atas dakwaan tipu undi 


Presiden Brazil Jair Bolsonaro disiasat kerana memfitnah dan membuat hasutan jenayah berhubung dakwaan penipuan undi besar-besaran.– Gambar EPA, 5 Ogos, 2021.

MAHKAMAH tinggi Brazil memutuskan Presiden Jair Bolsonaro disiasat bagi membuktikan dakwaan penipuan dalam sistem pengundian negara itu. 

Hakim Alexandre de Moraes membuat keputusan itu selepas Bolsonaro mempertingkatkan serangan ke atas sistem pengundian elektronik Brazil dan mendakwa jika penipuan itu terus berlarutan, tiada lagi pilihan raya tahun depan selagi ia tidak ditambah baik.

Mahkamah tinggi pilihan raya meminta mahkamah tinggi membuat keputusan selepas ia meletakkan presiden itu disiasat kerana kempennya terhadap sistem pengundian Brazil.

Mahkamah tinggi bersetuju dan memutuskan Bolsonaro perlu disiasat kerana memfitnah dan membuat hasutan jenayah berhubung dakwaan penipuan undi besar-besaran.

Mahkamah pilihan raya akan menyiasat sendiri presiden berkenaan kerana salah guna kuasa, salah guna saluran komunikasi, rasuah, penipuan dan jenayah lain. 

Bolsonaro sejak sekian lama mengkritik sistem undian elektronik yang diperkenalkan di Brazil sejak 1996. 

Beliau meningkatkan serangannya menjelang pilihan raya Oktober 2022, berkeras agar kertas cetak “dicetak dan dapat diaudit” sebagai sokongan kepada sistem elektronik. – AFP, 5 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen