Kebakaran terus merebak di kepulauan Greece 


Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Athens, Greece.– Gambar EPA, 5 Ogos, 2021.

SEKURANG-kurangnya 150 buah rumah musnah dalam kebakaran yang tercetus di sekitar biara dan beberapa buah kampung di kepulauan Evia di Greece pada Rabu.

Anggota bomba turut bertungkus lumus memadamkan kebakaran berhampiran Athen, manakala Olympia turut memerlukan bantuan.

Kebakaran tercetus di banyak lokasi di negara itu berikutan gelombang haba yang dialami.

“Kita berdepan detik sukar,” kata timbalan menteri pertahanan awam Nikos Hardalias kepada pemberita.

Di Evia api yang menjulang dari kebakaran hutan dapat dilihat dari pesisir pantai. Menurut anggota bomba kebakaran itu sukar dikawal berikutan kawasan berbukit dengan pemandangan yang tidak jelas.

Tiga paderi di Biara Saint David enggan meninggalkan kawasan itu selepas semua penduduk di perkampungan berdekatan dipindahkan.

“Kami lemas kerana asap,” kata salah seorang daripada mereka kepada agensi berita ANA.

Mereka berkata api daripada kebakaran yang berlaku menjulang setinggi 30 hingga 40 meter di sekitar biara.

Polis memberitahu AFP, mereka akan memaksa paderi berkenaan untuk berpindah kerana nyawa mereka terancam. Kira-kira 85 penduduk berkumpul di pantai dipndahkan dengan lima buah bot. – AFP, 5 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen