Perancis kenakan sekatan baharu Covid-19


Perancis mengaktifkan semula langkah pencegahan bagi menyokong petugas kesihatan yang berdepan lonjakan kes baharu Covid-19. – Gambar EPA, 4 Ogos, 2021.

PIHAK berkuasa kesihatan Perancis mengaktifkan pelan kecemasan terhadap kepulauan Corsica ketika berdepan gelombang keempat jangkitan Covid-19 di seluruh negara itu.

Kerajaan turut mengumumkan pengaktifan semula langkah pencegahan yang dibuat bagi menyokong petugas kesihatan yang berdepan kes baharu. 

Lebih banyak kawasan tumpuan pelancong diwajibkan semula pemakaian pelitup muka dalam usaha untuk mengeekang penularan koronavirus. 

Petugas kesihatan di Corsica berkata mereka menyediakan lebih banyak katil di unit rawatan rapi untuk pesakit Covid dan mengerahkan petugas perubatan selepas hospital di Bastia melepasi kapasiti 79%. 

Langkah itu dibuat sehari seepas Guadalupe menjadi wilayah ketiga di Perancis yang dikenakan perintah sekatan pergerakan semula berikutan lonjakan kes Covid-19 yang luar biasa. 

Perintah berkurung waktu mlam dan sekatan pergerakan pada siang akan bermula pada Rabu. 

Martinique yang merupakan sebuah lagi kepulauan di Perancis dikenakan sekatan pada Jumaat manakala pulau Reunion akan memulakan sekatan pada hujung minggu ini. 

Pada Selasa, Perdana Menteri Jean Castex mempengerusikan mesyuarat pasukan kementerian bagi menangani krisis. 

Mereka bersetuju untuk menggunakan tentera bagi menyediakan katil rawatan rapi di kawasan luar pesisir. – AFP, 4 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen