Penganjur Lawan boleh pergi jauh, tapi perlu fokus, kata penganalisis


Raevathi Supramaniam

Penganalisis berkata kumpulan itu perlu lebih inklusif dari segi latar belakang sosio-ekonomi dan usia agar dapat beri kesan yang lebih besar terhadap kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2021.

GERAKAN Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) boleh mengemudi tunjuk perasaan di jalan raya selain mengajak orang ramai bersuara menentang kerajaan, namun gerakan ini juga perlu susun semula strategi mereka, kata penganalisis.

Mereka berkata kumpulan itu perlu lebih inklusif dari segi latar belakang sosio-ekonomi dan usia agar dapat beri kesan yang lebih besar terhadap kerajaan.

Beberapa penganalisis turut mengkritik dan mempersoalkan adakah mereka sedar dan matang dalam perjuangan mereka.

Penganalisis politik Oh Ei Sun, bagaimanapun, percaya dengan SSR,  memberitahu The Malaysian Insight mereka boleh menggantikan pemantau pilihan raya Bersih yang membatu sejak Pakatan Harapan ambil alih negara pada 2018.

“Ada ruang untuk gerakan yang lebih proaktif dalam hal turun ke jalan raya. Gerakan solidariti ini boleh isi ruang itu,” kata Oh.

Katanya, ketika politik negara sedang goyah gerakan ini boleh tarik lebih banyak sokongan rakyat Malaysia, walaupun SSR dipimpin golongan muda dan lebih cenderung menarik generasi muda.

“Suatu masa nanti dan bila politik terus bergolak, rakyat dari semua lapisan umur dan latar belakang cenderung untuk turun ke jalan raya. Oleh sebab SSR penganjur paling layak, mereka boleh berjaya.”

Tambah Oh, SSR ada kelebihan struktur ternyahpusat yang membolehkan kumpulan itu berkumpul semula walaupun pemimpinnya disiasat dan ditangkap polis.

Pengarah Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata kumpulan ini masih tidak dapat pengaruhi ramai rakyat apabila mengadakan tunjuk perasaan secara dalam talian dan juga di jalan raya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2021.

“Sudah tentu struktur ini adakalanya membuatkan gerakan ini berpecah. Mereka perlu capai keseimbangan antara struktur ternyahpusat dan perlunya kepimpinan yang lebih terpusat. ”

Sabtu lalu, SSR menganjurkan perhimpunan Lawan di Dataran Merdeka. Kumpulan itu menuntut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin letak jawatan, Parlimen bersidang semula secara penuh dan moratorium pinjaman automatik buat semua orang bagi meringankan beban ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Kumpulan itu pada mulanya menganjurkan tunjuk perasaan #BenderaHitam di media sosial pada 3 Julai dan mengajak rakyat Malaysia mengibarkan bendera hitam sebagai tanda tidak puas hati terhadap kerajaan.

Ini diikuti dengan tunjuk perasaan lebih kecil di Dataran Merdeka pada 17 Julai dan konvoi bendera hitam pada 31 Julai.

Pengarah Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata kumpulan ini masih tidak dapat pengaruhi ramai rakyat apabila mengadakan tunjuk perasaan secara dalam talian dan juga di jalan raya.

Bagi SSR untuk jadi gerakan bersejarah, katanya, ia perlu melepaskan diri dari imej “Bangsar bubble”.

Penganalisis berkata gerakan ini masih kuat dengan imej

“Berdasarkan pengamatan saya, gerakan ini melibatkan golongan muda di kawasan bandar. Oleh itu mereka tidak dapat pengaruh yang besar.

“Mereka perlu ada semangat yang kuat untuk berkempen tentang apa yang mereka percaya, jika tidak, mereka akan dibanjiri oleh golongan skeptik dan pesimis yang pada dasarnya telah menjadikan mereka sebagai gerakan “Bangsar bubble”.

“Mereka perlu kembangkan pengaruh mereka sehingga menjadi fenomena dan barulah gerakan itu boleh cipta sejarah,” katanya.

Hisommudin menambah SSR perlu buat lebih baik dalam menyampaikan mesej tuntutannya selain mempunyai kemahiran organisasi yang lebih baik dalam menganjurkan tunjuk perasaan kerana kita masih melawan pandemik dalam masa sama. – 4 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen