Ulama ultrakonservatif Iran secara rasmi dilantik sebagai presiden


Ulama ultrakonservatif Iran ultrakonservatif Iran Ebrahim Raisi dilantik secara rasmi hari ini sebagai presiden iran menggantikan presiden moderat sebelum ini Hassan Rouhani. – Gambar AFP, 3 Ogos, 2021.

ULAMA ultrakonservatif Iran Ebrahim Raisi pada Selasa dilantik sebagai presiden Iran, sebuah negara yang berharap dapat bebas daripada sekatan ekonomi dengan menhidupkan semula perjanjian nuklear dengan kuasa besar dunia.

“Berikutan pilihan rakyat, saya dengan ini melantik Hojatoleslam Ebrahim Raisi yang bijaksana, yang berpengalaman dan popular sebagai presiden Republik Islam Iran,” tulis pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei dalam perutusan yang dibacakan oleh ketua kakitangannya.

Raisi menggantikan presiden moderat Hassan Rouhani, yang pencapaian utamanya adalah membuat perjanjian nuklear 2015  dengan enam kuasa besar.

Dengan pelantikannya itu, Raisi perlu menyelesaikan rundingan yang bertujuan untuk menghidupkan kembali perjanjian nuklear sejak Amerika Syarikat menarik diri dan mengenakan sekatan.

Raisi, dalam ucapan pelantikannya, berkata pemerintah baharu akan berusaha menarik semula sekatan AS yang menindas, tetapi “tidak akan mengikat taraf hidup negara dengan kehendak orang asing”.

Ulama berusia 60 tahun itu juga berhadapan amaran AS, Britain dan Israel kepada Iran mengenai serangan kapal tangki yang mematikan minggu lalu yang mana Tehran menafikan dibuat olehnya.

Raisi menang pilihan raya presiden pada Jun di mana lebih daripada separuh pengundi tidak keluar mengundi setelah ramai ahli politik utama dilarang dari bertanding.

Bekas ketua hakim itu acap kali dikritik Barat kerana pendiriannya mengenai hak asasi manusia.

Lalu lintas dikawal di jalan-jalan di sekitar tempat pelantikannya, dengan perjalanan udara tempatan dihentikan selama dua jam, menurut laporan media.

Upacara pada Selasa menandakan penerimaan rasmi Raisi ke pejabat. Beliau kemudian akan mengangkat sumpah di hadapan Parlimen pada Khamis ketika beliau akan mengemukakan cadangan kabinet pemerintahannya. – AFP, 3 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen