Antivaksin di Colombia diarah duduk di rumah atau berdepan denda, penjara


PIHAK berkuasa di sebuah bandar di Colombia memerintahkan mereka yang menolak vaksin untuk tidak keluar dari rumah atau berdepan denda atau penjara.

“Kita perlu mengambil sikap tegas sebagai pemimpin. Setiap orang harus diberi vaksin, jika tidak, mereka tidak dapat keluar dari Sucre,” kata datuk bandar Elvira Julia Mercado di Blu Radio.

Beliau mengarahkan perintah tinggal di rumah yang dikuatkuasakan selama lapan hari untuk mereka yang belum menerima vaksin walaupun bandar itu mempunyai dos mencukupi untuk mengimunisasi 28,000 penduduknya.

Sehingga kini, hanya 10,000 orang yang memilih untuk menerima vaksin, kata Mercado yang menyalahkan berita palsu menjadi penyebab ramai enggan menerima suntikan berkenaan.

Di bawah perintah itu, mereka yang tidak menerima vaksin hanya boleh keluar rumah untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau mendapatkan suntikan.

Semua penduduk bandar perlu menunjukkan kad vaksin sebelum memasuki pasar raya, bar, disko, restoran, bank dan kedai.

Mereka yang menentang tindakan itu berisiko dikenakan denda dan pesalah berulang boleh dikenakan hukuman penjara.

Langkah itu akan dikaji dalam masa lapan hari berdasarkan keadaan wabak ketika ini.

Dengan 50 juta penduduk, Colombia merupakan negara Amerika Latin dengan kematian per kapita terbanyak ketiga selepas Peru dan Brazil dengan hampir lima juta jangkitan disahkan dan 121,

Seramai 12.2 juta penduduk sudah divaksin sepenuhnya. – AFP, 3 Ogos 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen