Sukarnya menunggu ambulans dan katil hospital, kata Adun


Adun Subang Jaya Michelle Ng berkata sukar untuknya mendapatkan ambulans untuk membantu menghantar seorang wanita warga emas yang sakit di kawasannya. – Gambar Twitter, 3 Ogos, 2021.

SEMUA sedia maklum tentang tekanan dihadapi sistem kesihatan awam akibat krisis Covid-19, tetapi apabila diri sendiri berdepan situasi itu, baru anda tahu betapa susahnya mendapatkan ambulans dan tempat di hospital, walaupun hanya satu katil.

Adun Subang Jaya Michelle Ng berkata beliau terpaksa berdepan keadaan itu ketika cuba membantu mengalami sendiri betapa sukarnya mencarikan satu katil hospital untuk seorang wanita warga emas yang tinggal sendirian selepas ditinggalkan oleh majikan.

Ng berkongsi kisahnya di Twitter.

“Kelmarin kira-kira 10.30 malam saya menerima panggilan daripada seorang enduduk yang tinggal di rumah pangsa kos rendah di Subang,” kata Ng.

“YB. Maaf ganggu. Minta bantu. Ada seorang penduduk sesak nafas, muntah-muntah. Kata nak mati. Tak tahu nak buat apa. Dah tunggu ambulans dari 999 sejak 6 petang masih tak muncul. Tolong. 999 mintakan kami hantar sendiri.

“999 pun kata mereka lumpuh dan kes ini bukan satu-satunya kes sesak nafas. Katanya kes dari pagi masih belum selesai lagi dan masih ada tujuh orang tunggu dalam senarai.”

Pengadu turut memberitahu Ng wanita terbabit sakit dan tinggal sednriain selepas majikannya meninggalkannya di Hospital Shah Alam. Ng diberitahu wanita terbabit terjatuh dalam longkang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kerana terlalu lemah.

Wanita terbabit juga tidak boleh membaca dan tidak reti menaip, apatah lagi menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengemas kini status Covid-19 atau Selangkah untuk mendaftarkan kemasukan ke pusat penilaian Covid di Stadium Melawati.

Ng berkata beliau kemudian menghubungi ambulans kecemasan Subang Jaya, SJ Beacon.

“Saya tahu waktu operasi mereka sudah tamat, tetapi saya cuba nasib. Kemudian saya diberitahu salah seorang paramedik mereka tidak sihat, dan merkea juga tidak tahu sama ada boleh beroperasi atau tidak esoknya.

“Kemudian saya kata, ‘kalau pesakit masih hidup dan awak beroperasi esok, bolehkah hantar dia ke hospital?’

“Kami akan cuba, tetapi mereka mungkin akan tolak kerana katil tidak cukup.” – 3 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen