Regu wanita Indonesia raih emas Olimpik Tokyo


Regu wanita rangking keenam dunia Greysia Polii dan Apriyani Rahayu dari Indonesia berjaya merangkul pingat emas pada perlawanan akhir badminton Olimpik Tokyo hari ini. – Gambar AFP, 2 Ogos, 2021.

REGU wanita rangking keenam dunia Greysia Polii dan Apriyani Rahayu dari Indonesia menewaskan pilihan kedua dari China, Chen Qingchen dan Jia Yifan 21-19, 21-15 pada perlawanan akhir badminton Olimpik Tokyo, Isnin.

Pasangan Indonesia itu memulakan rentak permainan dengan bersemangat sehingga berjaya menundukkan lawan dengan ‘straight-set’, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sementara itu regu Korea Selatan Kim So-yeong dan Kong Hee-yong menumpaskan rakan senegara Lee So-hee dan Shin Seung-chan 21-10, 21-17 untuk merangkul gangsa. – Bernama, 2 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen