KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menggunakan parameter saintifik tidak sepatutnya bagi membolehkan Parlimen ditutup, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii.
Doktor perubatan, yang juga ketua jawatankuasa pemilih Parlimen untuk kesihatan berkata tindakan Noor Hisham menggunakan “nilai CT” untuk membenarkan penutupan Parlimen selama dua minggu bukanlah suatu metrik bagi membuat keputusan kesihatan awam.
“Ia adalah alat virologi dan bukannya penggunaan metrik untuk membuat keputusan mengenai berapa lama lokasi perlu ditutup.
“Asalkan pesakit diasingkan dengan betul, dan semua SOP lain dipatuhi, sumber jangkitan diasingkan sehingga modus jangkitan terputus. Tiada penjelasan logik mengapa Parlimen tidak boleh terus berfungsi, terutama selepas empat hari kes dikesan,” kata Yii dalam satu kenyataan.
Noor Hisham dalam satu kenyataan malam tadi berkata nilai CT yang digunakan untuk menilai kebolehjangkitan pada sampel individu.
Beliau berkata beberapa kes positif yang diuji di Parlimen minggu lalu mempunyai nilai CT yang tinggi, yang berisiko tinggi menularkan virus Covid-19.
Yii berkata Kementerian Kesihatan belum pernah mengatakan secara terbuka yang ia menggunakan nilai CT untuk membuat keputusan kesihatan awam.
“Ketua pengarah dan KKM mesti menjawab bila KKM (mulai) menggunakan nilai CT untuk membuat keputusan kesihatan awam. Tolong tunjukkan data dan bukan hanya memberi pernyataan umum.”
Yii menambah Parlimen sepatutnya boleh berlangsung hari ini dengan menyesuaikan faktor persekitaran lain yang membimbangkan Noor Hisham.
Pertama, pengudaraan di Parlimen boleh ditingkatkan.
“Tidak perlu menutup seluruh Parlimen selama dua minggu hanya untuk menangani 0.9% kes positif di Parlimen.
“Pusat vaksinasi IDCCdi Shah Alam ditutup hanya sehari untuk sanitasi selepas 200 kes Covid dikesan.
“Di banyak kemudahan perkhidmatan penting juga menangani kes positif harian tetapi selepas semua SOP diperlukan dipatuhi, fungsinya tidak terganggu secara drastik. – 2 Ogos, 2021.
Berita penuh di sini
Komen