Gempa bumi 5.1 magnitud landa North Island


Gempa bumi dengan kekuatan 5.1 skala Richter melanda bahagian tengah North Island, New Zealand kira-kira 1.30 pagi tadi waktu tempatan. – Gambar fail AFP, 2 Ogos, 2021.

GEONET New Zealand melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 5.1 skala Richter melanda bahagian tengah North Island, New Zealand kira-kira 1.30 pagi tadi waktu tempatan.

Xinhua News Agency melaporkan ia disusuli gempa bumi lemah beberapa jam kemudian.

Ribuan penduduk di North Island merasai gegaran itu.

GeoNet menerusi Twitter mententeramkan penduduk dengan menjelaskan kebiasaannya gempa bumi dirasakan secara meluas tetapi tidak berdekatan dengan pusat gempa. – Bernama, 2 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen