15 anggota tentera maut, 6 hilang insiden serangan di Niger


Kira-kira 33 penduduk kampung terbunuh dalam dua serangan berasingan dalam minggu lalu di kawasan utara, menghala ke Mali. – Gambar AFP, 2 Ogos, 2021.

SERAMAI 15 anggota tentera terbunuh dan enam yang lain hilang dalam serangan pengganas di barat daya Niger, berhampiran sempadan Burkina Faso, kata Kementerian Pertahanan.

Kenyataan kementerian berkata serangan berlaku di wilayah Torodi.

Dengan sokongan pesawat tentera, pasukan tentera darat Niger melancarkan operasi mencari besar-besaran di kawasan itu bagi menahan pengganas.

Toroid ialah kawasan di tenggaran wilayah Tillaber yang terletak sepanjang sempadan antara Burkina Faso dan Mali.

Ia sering menjadi tempat serangan pengganas IS di Greater Sahara (EIGS) dan kumpulan ada kaitan dengan Al-Qaeda, sekutu terbesar militan di Sahel.

Serangan militan semakin menjadi-jadi di Tillaberi, kata pihak berkuasa.

Kira-kira 33 penduduk kampung terbunuh dalam dua serangan berasingan dalam minggu lalu di kawasan utara, menghala ke Mali.

Seramai 1,200 tentera dikerahkan di tiga kawasan sempadan berkenaan. – AFP, 2 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen