Ahli Parlimen datang Parlimen walaupun sidang Dewan Rakyat tangguh


Beberapa ahli Parlimen pembangkang dilihat masuk ke bangunan Parlimen pagi ini walaupun persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan hari ini kerana jangkitan Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussein, 2 Ogos, 2021.

BEBERAPA ahli Parlimen pembangkang cuba untuk masuk ke bangunan Parlimen pagi ini walaupun persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan susulan jangkitan Covid-19 di situ minggu lalu.

Hari ini sepatutnya hari terakhir sidang khas lima hari Dewan Rakyat yang dipanggil oleh kerajaan ketika perisytiharan darurat berkuat kuasa, yang kebetulan tamat semalam.

Ahli Parlimen pembangkang mendesak kerajaan Perikatan Nasional memberi penjelasan berkenaan pembatalan ordinan darurat yang diumumkan minggu lalu yang bagaimanapun belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Keengganan kerajaan memberi penjelasan itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat. 

Dalam pada itu, pihak polis membuat sekatan jalan raya di jalan menuju ke Parlimen. – 2 Ogos, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen