Muhyiddin ambil risiko teguran Agong untuk elak undian, kata penganalisis


Chan Kok Leong

Yang di-Pertuan Agong dakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin mengelirukan Parlimen dan gagal mematuhi arahan membentangkan dan membahaskan pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen. – Gambar fail Facebook, 2 Ogos 2021.

TIDAK sukar untuk menggegarkan kerajaan Perikatan Nasional hari ini.

Beberapa jam setelah lebih 1,000 anak muda Malaysia mendesak Muhyiddin Yassin meletak jawatan perdana menteri di Kuala Lumpur Sabtu lalu, kerajaan tergesa-gesa membatalkan sesi taklimat terakhir Dewan Rakyat hari ini.

Sesi terakhir dijadualkan itu memberi ruang kepada Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membentangkan isu berkaitan Darurat dan penjelasan Menteri di jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan yang sangat dinanti-nantikan mengenai pembatalan Ordinan Darurat.

Walaupun kerajaan berkata tindakan menangguhkan persidangan Dewan Rakyat hari ini atas saranan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berikutan pengesanan kes Covid-19 di Parlimen, namun kebanyakan ahli Parlimen percaya ini adalah muslihat politik untuk memberi banyak masa kepada perdana menteri dan mengelakkan undian.

Ketika aktivis #Lawan melancarkan protes, kerajaan Muhyiddin juga digegarkan dengan teguran Agong.

Tidak pernah berlaku sebelum ini Yang di-Pertuan Agong mendakwa kerajaan mengelirukan Parlimen dan gagal mematuhi arahan baginda untuk membentangkan dan membahaskan pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan dikeluarkan istana bertitah pembatalan itu dibuat secara tergesa-gesa dan kerajaan  membelakangkan Agong dalam perkara itu.

Memburukkan lagi keadaan apabila Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad di Twitter melampirkan surat daripada Agong kepada Muhyiddin yang didakwa bocor.

Kandungan surat terbabit antara lain memaklumkan Agong tidak akan memberi perkenan pembatalan Ordinan darurat jika ia tidak dibentangkan kerajaan dan dibahaskan di Parlimen.

Surat itu muncul sehari setelah kerajaan menegaskan pihaknya sudah bertindak berlandaskan undang-undang dalam masalah tersebut. – 2 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen