PELARI pecut Itali, Lamont Marcell Jacobs membuat kejutan apabila meraih emas Olimpik dalam acara 100 meter.
Ia sekaligus memadamkan rekod 13 tahun bintang pecut dari Jamaica, Usain Bolt.
Jacobs, 26, turut memecahkan rekod Eropah dengan catatan masa 9.80 saat meninggalkan pencabar terdekat Fred Kerley dari Amerika Syarikat yang sekadar meraih perak selepas mencatatkan masa 9.84 saat.
Sementara itu, atlet dari Kanada, Andre de Grasse mengulangi pencapaian terbaiknya di Olimpik Rio 2016 pada kedudukan ketiga untuk meraih gangsa dengan catatan masa 9.89 saat.
Terdahulu, kesemua atlet diperkenalkan dalam pertunjukan cahaya yang cukup dramatik apabila lampu limpah stadium dimatikan manakala 12 projektor dipancarkan membentuk objek tiga dimensi diikuti dengan pengumuman nama atlet bertanding.
Jacobs yang berada di lorong ketiga melakukan permulaan yang baik apabila memecut sebaik temabakan dilepaskan.
Sejurus tiba di garisan tamat beliau disambut rakan sepasukan Gianmarco Tamberi yang turut meraih emas dalam acara lompat tinggi lelaki.
Olimpik Tokyo adalah temasya pertama sejak Athens 2004 yang berlangsung tanpa penampilan Bolt.
Pelari pecut itu mendominasi tiga gelaran berturut-turut dalam acara 100 dan 200 meter di Olimpik Beijing, London dan Rio de Janeiro.
Selain itu, ini merupakan kali pertama sejak temasya Olimpik Sydney 2000 tiada atlet dari Jamaica yang beraksi di pentas akhir. – AFP, 1 Ogos, 2021.
Komen