PLATFORM video dalam talian YouTube menyekat saluran berita Sky News Australia daripada memuat naik kandungan baharu selama seminggu bermula hari ini dengan alasan penyebaran maklumat tidak tepat berkaitan Covid-19.
Langkah itu dibuat setelah menilai satu video dimuat naik saluran TV milik Rupert Murdoch itu yang didapati mempunyai jumlah tontonan luar biasa.
“Kami mempunyai polisi khusus mengenai maklumat Covid-19… bagi membendung penyebaran maklumat tidak tepat berkaitan wabak berkenaan yang boleh mengundang bahaya kepada dunia,” kata YouTube dalam satu kenyataan.
Sky News Australia yang dimiliki oleh anak syarikat Murdoch’s News Corp itu, dengan 1.86 juta pelanggan di YouTube mempunyai pengikut konservatif di luar Australia.
Kebanyakan video yang dimuat naik mempersoalkan sama ada wujudnya pandemik dan keberkenasan vaksin Covid-19 didapati banyak dikongsi pada forum sosial media di selruh dunia.
Ini menyebabkan berlaku penyebaran maklumat kurang tepat virus tersebut dan vaksin.
Kandungan video terakhir di YouTube pada tiga hari lalu, memaparkan seorang hos mendakwa sekatan pergerakan adalah gagal dan mengkritik tindakan pihak berkuasa negara itu yang meneruskan perintah berkurung di Sydney.
Sementara itu, Sky News mengesahkan sekatan tersebut dan jurucakapn berkata: “kami menyokong perbincangan dan perdebatan yang luas mengenai pelbagai topik dan perspektif yang sangat penting secara demokrasi “.
“Kami memandang serius komitmen harapan masyarakat dan barisan editorial kami.
YouTube menetapkan “tiga amaran” berhubung pelanggaran polisi. Amaran pertama boleh mengakibatkan mana-mana saluran disekat memuat naik kandungan selama seminggu manakala terguran kedua 90 hari termasuk sekatan tontonan dua minggu.
Saluran akan disingkirkan daripada platform selepas mendapat amaran ketiga.
Bekas presiden AS Donald Trump antara individu yang disekat buat sementara waktu di bawah dasar tersebut. – AFP, 1 Ogos, 2021.
Komen