17,150 kes baharu Covid-19 hari ini 


Selangor mencatat kes Covid-19 tertinggi dengan 6,326 diikuti Kuala Lumpur dengan 2,086.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Ogos, 2021.

MALAYSIA merekodkan 17,150 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan lima negeri melaporkan lebih satu ribu kes jangkitan, kata Dr Noor Hisham Abdullah. 

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah kes terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 1,130,422.

Selangor mencatat kes tertinggi dengan 6,326 diikuti Kuala Lumpur dengan 2,086. 

Johor, Sabah dan Kedah masing-masing merekodkan kes melebihi 1,000. Johor merekodkan 1,045 kes manakala Sabah dan Kedah masing-masing 1,002 dan 1,511 kes.

Negeri lain dan wilayah persekutuan yang melaporkan kes baharu adalah Sarawak (578), Negeri Sembilan (809), Pulau Pinang (752), Kelantan (459), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Terengganu (429), Putrajaya (72) dan Perlis (21).

Labuan merekodkan kes paling rendah iaitu lima kes dan kadar peratusan penduduk sudah menerima vaksin penuh paling tinggi di negara ini. 

Dalam perkembangan lain, kira-kira 13.81 juta penduduk atau 42.3% penduduk menerima dos pertama vaksin Covid-19 manakala 6.71 juta atau 20.6% penduduk menerima vaksin penuh dua dos.– 1 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen