3 roket sasar lapangan terbang Kandahar


Taliban mensasarkan lapangan terbang Kandahar dengan melancarkan serangan roket. – Gambar EPA, 1 Ogos, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA tiga roket menyerang lapangan terbang Kandahar di selatan Afghanistan pada Ahad, seorang pegawai memberitahu AFP ketika Taliban terus melancarkan serangan di seluruh negara.

“Malam tadi tiga roket dilancarkan ke lapangan terbang dan dua daripadanya mengena landasan ... Oleh itu, semua penerbangan dari lapangan terbang dibatalkan,” kata ketua lapangan terbang Massoud Pashtun kepada AFP.

Pashtun berkata kerja membaiki landasan sedang berjalan dan berharap lapangan terbang akan beroperasi pada Ahad.

Pihak berkuasa penerbangan awam di Kabul mengesahkan serangan roket itu.

Selama berminggu-minggu Taliban melancarkan serangan ke pinggir Kandahar, membangkitkan kebimbangan yang mereka bakal merampas bandar di wilayah itu.

Pangkalan udara Kandahar sangat penting bagi menyediakan logistik dan bantuan udara yang diperlukan untuk mencegah militan daripada menguasai kota kedua terbesar di Afghanistan itu.

Serangan di lapangan terbang itu berlaku ketika Taliban semakin hampir menguasai dua ibu kota wilayah lain - Herat di barat dan Lashkar Gah di selatan. – AFP, 1 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen