BRITAIN memenangi emas kedua mereka dalam acara 4x100 meter (m) rampaian campuran berganti-ganti di temasya Olimpik Tokyo dengan catatan masa tiga minit 37.58 saat, sekali gus menyaksikan satu lagi rekod dunia dicatatkan pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.
Perenang Kathleen Dawson, Adam Peaty, James Guy dan Anna Hopkin memecahkan rekod dunia sebelum ini yang dipegang pasukan China.
Pasukan China, terdiri Xu Jiayu, Yan Zibei, Zhang Yufei dan Yang Junxuan sekadar merangkul perak dengan catatan masa 3:38.86 saat manakala Australia membawa pulang gangsa. – Bernama, 31 Julai, 2021.
Komen