Uganda longgarkan sekatan Covid-19 


Presiden Uganda Yoweri Museveni turut memberi amaran penguatkuasaan lebih ketat sekiranya rakyat gagal mengikut arahan yang ditetapkan.– Gambar EPA, 31 Julai, 2021.

PRESIDEN Uganda Yoweri Museveni pada mengarahkan sekatan Covid-19 dilonggarkan berikutan penurunan kes serius di negara itu. 

Jumlah kes jangkitan di negara itu melonjak pada gelombang kedua wabak yang dicetuskan oleh varian Delta, namun sejak sekatan dikuat kuasa, jumlah kes harian menurun daripada 240 ke 50 kes sehari. 

Di bawah langkah pencegahan baharu, kebanyakan pengangkutan awam dan swasta akan kembali beroperasi pada Isnin, dengan pengendali bas diarahkan untuk mengehadkan jumlah penumpang hingga 50% daripada kapasiti kenderaan. 

Sekolah dan rumah ibadat masih ditutup dan perintah berkurung pada malam masih dikuatkuasakan namun jumlah pekerja yang dibenarkan ke pejabat akan ditingkatkan daripada 10% ke 20%. 

“Sekiranya langkah ini diambil, kita jangka mampu untuk mengelakkan gelombang ketiga jangkitan,” kata Museveni pada pengumuman yang disiar secara langsung di televisyen. 

“Kita mampu atasi wabak ini.”

Namun beliau memberi amaran langkah yang lebih ketat akan dilaksanakan semula sekiranya rakyat gagal mengikut peraturan. – AFP, 31 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen