Keselamatan, ketenteraman negara terkawal, kata KPN 


Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata orang ramai tidak perlu gusar kerana pihaknya akan mempertingkatkan kawalan keselamatan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2021.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara berada pada tahap terkawal.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata orang ramai diminta tidak gusar kerana PDRM akan mempertingkat pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihat agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam menjalani kehidupan seharian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.– Bernama, 30 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen