PENIPUAN sering berlaku di laman web Kita Jaga Malaysia (kitajaga.co) dengan mengambil kesemoatan terhadap kebaikan individdu yang menghuurkan bantuan kepada golongan terjejas akibat pandemik Covid-19.
Platform itu yang mula beroperasi pada 5 Julai ditubuhkan oleh Reza Razali menerusi Terato Tech. Ia mengetengahkan inisiatif bendera putih yang menggesa golongan yang memerlukan bantuan untuk menaikkan bendera putih bagi membolehkan bantuan disalurkan.
“Kita menerima laporan terdapat penipu di platform ini dan mereka mempunyai modus operandi dan cerita yang sama. Mereka sering meminta bantuan wang dan bukan bantuan makanan,” kata Reza kepada The Malaysian Insight.
Menurutnya, setakat ini kumpulannya berjaya mengesan 70 nombor telefon yang mungkin digunakan penipu kerana nombor yang sama digunakan banyak kali untuk meminta bantuan.
“Bagi memastikan mereka yang membantu tidak ditipu, kami melaksanakan beberapa langkah keselamatan. Kini, satu nombor telefon hanya boleh mengangkat bendera putih sekali sahaja sehari. Kita juga mula mengesan sama ada nombor yang sama digunakan banyak kali untuk meminta bantuan,” katanya.
Setakat ini terdapat 85,000 bendera putih di platform berkenaan dengan kira-kira 40,000 individu yang menawarkan bantuan.
“Bendera paling banyak adalah di Kuala Lumpur dan Selangor. Setiap hari, kita menerima purata 5,000 bendera.
Semakan The Malaysian Insight juga mendapati terdapat individu di platform berkenaan yang menggunakan nombor telefon sama untuk meminta bantuan sebanyak 13 kali.
Seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Farhana berkata dia memerlukan bantuan makanan, pampers dan wang tunai. Nombor telefonnya digunakan sebanyak 13 kali untuk meminta bantuan.
Seorang lagi individu bernama Nurul berkata dia memerlukan bantuan wang tunai untuk membayar sewa. Nombornya telah digunakan sebanyak tujuh kali di platform berkenaan untuk meminta bantuan.
MN, seorang lagi individu yang mengggunakan platform berkenaan menyatakan mereka memerlukan bantuan wang untuk membayar sewa rumah kerana terlibat dalam kemalangan. Individu berkenaan turut menyertakan butiran akaun bank. Nombor yang sama digunakan MN sebanyak sembilan kali untuk meminta bantuan.
Reza berkata pasukannya cuba untuk mewujudkan aplikasi baharu bagi membantu badan bukan kerajaan untuk mengesahkan mereka yang benar-benar memerlukan.
“Kita mempunyai banyak komuniti di seluruh negara yang menggunakan platform ini. Mereka menyatakan platform seperti ini sangat membantu kerana mereka juga mempunyai sumber terhad untuk membantu semua orang namun sekurang-kurangnya mereka boleh menyediakan pengesahan,” katanya.
“Ini juga merupakan ciri keselamatan bagi mengelakkan orang ramai ditipu.”
Lokasi salah
Semakan The Malaysian Insight di platform berkenaan turut mendapati sebilangan besar individu yang menyatakan mereka memerlukan bantuan telah memberikan lokasi yang salah.
Sebilangan besar daripada mereka menyatakan lokasi mereka di Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, namun realitinya mereka berada di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan lain-lain.
Apabila individu ini dimaklumkan mereka memberi lokasi yang salah, mereka terkejut.
“Putrajaya adalah lokasi tetap di peta platform. Oleh itu, jika lokasi anda tidak diaktifkan di telefon, lokasi hanya akan menunjukkan Putrajaya (bukan di mana anda sebenarnya).
“Kita cuba untuk mengatasi isu ini dan membolehkan orang ramai mengesahkan di negeri mana dan bandar mana mereka berada sebelum mereka memohon,” kata Reza yang menambah kebanyakan individu ini tidak mahir dalam teknologi.
Kita Jaga Malaysia juga baru-baru ini melancarkan aplikasi mudah alih untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna di platform ini.
“Aplikasi iOS sudah tersedia di Apple store sementara versi Android akan tamat pada akhir minggu atau minggu depan. Aplikasi ini mempunyai pengalaman pengguna yang lebih baik dan jauh lebih pantas daripada versi web. “
Ketika ditanya apa pendapatnya tentang komentar perdana menteri Muhyiddin Yassin bahawa tidak perlu menaikkan bendera putih kerana pemerintah memberikan pertolongan yang cukup, Reza mengatakan bahawa kenyataannya tidak semua orang layak mendapat bantuan pemerintah.
Ketika ditanya apa pendapatnya tentang kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa tidak perlu menaikkan bendera putih kerana kerajaan memberikan pertolongan yang cukup, Reza mengatakan bahawa kenyataannya tidak semua orang layak mendapat bantuan pemerintah.
“Saya pasti kerajaan mahu membantu tetapi ada mereka yang perlukan bantuan segera dan mereka tidak boleh menunggu. Mereka di platform ini terdesak untuk bantuan.
“Kebanyakan daripada mereka tidak layak untuk bantuan kerajaan. Ramai pekerja Indonesia di kawasan seperti Cyberjaya dan Putrajaya di platform ini, bukan warga Malaysia sahaja.” – 1 Ogos, 2021.
Komen