Sidang tangguh lagi, semua ahli Parlimen kena uji Covid-19


Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon berkata ujian Covid-19 perlu dilaksana atas nasihat ketua pengarah kesihatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Julai, 2021.

SEMUA ahli Parlimen yang hadir persidangan hari ini diwajibkan menjalani ujian Covid-19 selepas dua kes baharu dikenalpasti di bangunan itu, kata Timbalan Speaker Rashid Hasnon.

Langkah itu dibuat atas nasihat Dr Noor Hisham Abdullah, katanya yang membacakan surat daripada ketua pengarah kesihatan itu.

Semua ahli dewan tidak dibenarkan keluar dari bangunan itu sehingga keputusan ujian diperolehi, katanya

Rashid juga mengumumkan persidangan ditangguhkan sekali lagi sehingga jam 5.15 petang.

Persidangan Dewan Rakyat hanya dibenarkan berlangsung sehingga jam 5.30 petang.

Persidangan ditangguhkan dua kali sejak tengah hari selepas Istana Negara mengumumkan kerajaan membatalkan ordinan darurat tanpa perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Sedangkan, baginda menitahkan agar pembatalan ordinan itu dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dipercayai bertindak demikian bagi menghalang segala bentuk undian dijalankan di Dewan Rakyat.

Ini memandangkan Umno sudahpun mengumumkan menarik sokongan ke atas Muhyiddin. – 29 Julai, 2021.  

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen