Presiden baharu Peru janji ubah perlembagaan 


Presiden baharu Peru Pedro Castillo berjanji untuk membanteras rasuah dan menggubal perlembagaan baharu negara itu.– Gambar EPA, 29 Julai, 2021.

PEDRO Castillo yang mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Peru yang kelima pada Rabu, berjanji untuk membanteras rasuah dan menggubal perlembagaan baharu. 

Beliau yang berusia 51 tahun dan merupakan guru  di kawasan pedalaman negara itu, berikrar untuk mempertahankan pemerintahan neo-liberal serta memulakan tanggungjawabnya dengan beberapa tugas utama iaitu menangani pandemik koronavirus, meningkatkan semula ekonomi dan menamatkan semua ketidaktentuan politik di negara itu. 

“Saya bersumpah atas nama rakyat Peru untuk mewujudkan negara tanpa rasuah dan menggubal perlembagaan baharu,” umumnya di hadapan ahli kongres, dalam kempennya untuk membawa perubahan kepada Peru. 

Perlembagaan yang sedia ada merupakan peninggalan bekas presiden Alberto Fujimori, yang kini menjalani hukuman penjara kerana rasuah dan jenayah terhadap kemanusiaan, yang juga bapa kepada pesaing utama Castillo, Keiko Fujimori. 

Dengan menegaskan Peru tidak boleh lagi menjadi “tahanan tetap” perlembagaan 1993, Castillo berkata beliau akan membawa usul ke Parlimen bagi mengkaji semula referendum bagi menggantikannya. – AFP, 29 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen