Bilangan suami jadi suri rumah meningkat di Korea Selatan 


Senario peningkatan bilangan suami menjadi suri rumah sepenuh masa, yang sekaligus mengubah peranan jantina, disebabkan semakin ramai wanita bekerja dan persaraan awal dalam kalangan pekerja lelaki.– Gambar EPA, 17 Januari, 2018.

JUMLAH suami menjadi suri rumah sepenuh masa di Korea Selatan mencecah rekod tertinggi pada tahun lalu, lapor agensi berita Yonhap.

Angka tersebut mencecah 190,000 tahun lalu, tertinggi sejak 2003 berdasarkan data Statistik Korea pada Rabu.

Jumlah itu dibahagikan kepada seramai 166,000 suami sepenuh masa yang menguruskan rumah tangga, manakala 4,000 lagi suami atau bapa menumpukan kepada penjagaan anak.

Bilangan suami menjadi rumah sepenuh masa meningkat kepada 161,000 pada 2016, berbanding 150,000 pada tahun sebelumnya. Pada 2003 mencatatkan seramai 106,000 sementara 2011 dan 2012 membabitkan sejumlah 147,000 orang.

Jumlah wanita sebagai suri rumah sepenuh masa pula, menurun secara perlahan hingga 6,945,000 tahun lepas daripada 7,143,000 (2014), 7,085,000 (2015) dan 7,043,000 (2016).

Senario peningkatan bilangan suami menjadi suri rumah sepenuh masa, yang sekaligus mengubah peranan jantina, disebabkan semakin ramai wanita bekerja dan persaraan awal dalam kalangan pekerja lelaki.

Kadar wanita berusia 30-an yang bekerja ialah sebanyak 59.2 peratus pada separuh pertama tahun lepas, tertinggi sejak Statistik Korea mula mengumpul data pada 1999. – Bernama, 17 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen