7 hari berturut-turut, kes Covid-19 di UK menurun


UK mencatatkan penurunan kes Covid-19 selama tujuh hari berturut-turut, sekali gus membingungkan ramai pegawai dan pakar. – Gambar EPA, 28 Julai, 2021.

UNITED Kingdom (UK) mencatatkan penurunan kes Covid-19 selama tujuh hari berturut-turut, sekali gus membingungkan ramai pegawai dan pakar.

Ini kerana mereka sebelum ini memberi amaran pandemik akan bertambah buruk selepas UM memutuskan untuk melonggarkan sebahagian besar sekatan bermula 19 Julai lalu.

Bagaimanapun Perdana Menteri UK Boris Johnson menggesa orang ramai terus berwaspada bagi membendung penularan koronavirus terutama varian Delta yang lebih pantas merebak.

Kadar jangkitan dicatatkan di seluruh UK berkurangan tujuh hari berturut-turut dengan 23,511 kes baharu diumumkan semalam berbanding 46,558 pada minggu sebelumnya iaitu pengurangan hampir 50%.

Sebelum ini, lonjakan jangkitan baru dilaporkan di England tetapi mulai turun pada 19 Julai tetapi penguatkuasaan pemakaian pelitup muka ditarik balik dan penjarakan sosial di tempat awam dilonggarkan.

Keadaan itu membingungkan kerajaan dan saintis yang sebelum itu memberi amaran kes akan mencecah 100,000 sehari dalam tempoh beberapa minggu akan datang susulan sekatan itu dilonggarkan.

Meskipun keadaan yang berlaku adalah sebaliknya selepas bermula cuti sekolah musim panas di England dan Wales, menteri mengingatkan keadaan jangka panjang masih belum dapat dipastikan.

Walaupun jumlah kes harian menurun, semalam data rasmi juga menunjukkan 131 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 28 hari ujian positif, iaitu jumlah kematian harian tertinggi sejak Mac.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di UK setakat ini 5,745,526 jangkitan dengan 29,303 kematian.

Johnson berkata walaupun data enam hari lalu semakin baik, penting bagi semua pihak tidak terburu-buru membuat kesimpulan awal mengenainyai. – AFP, 28 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen