Lelaki lari naik skuter lepas rompak kedai emas terkemuka di Paris


Perompak mencuri barang kemas bernilai antara 2 hingga 3 juta euro dan batu permata selepas menyerbu ke kedai emas Chaumet di kawasan Champs-Elysees kira-kira 5 petang. – Gambar AFP, 28 Julai, 2021.

SEORANG lelaki bersenjata menggunakan skuter elektrik ketika merompak kedai emas terkenal Paris, Chaumet dengan nilai rompakan sehingga 3 juta euro, kata sumber.

Perompak mencuri barang kemas bernilai antara 2 hingga 3 juta euro dan batu permata selepas menyerbu ke kedai itu yang terletak berhampiran kawasan Champs-Elysees kira-kira 5 petang.

Tanpa menggunakan senjatanya, lelaki terbabit berjaya keluar melarikan diri menggunakan skuter dari kedai itu yang terletak di Rue Francois 1, kata sumber.

Chaumet, antara pembuat barangan mewah terkemuka dunia LVMH, lebih dikenali di kedainya di Place Vendome, yang pernah dirompak pada 2009 dengan nilai rompakan dan batu permata yang hilang 1.9 juta euro. – AFP, 28 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen