Bandar Dunhuang 'ditelan' ribut pasir


BANDAR Dunhuang di gurun Gobi, barat laut China dilanda ribut pasir setinggi 100 meter pada Ahad. – Gambar AFP, 27 Julai, 2021.

BANDAR Dunhuang di gurun Gobi, barat laut China dilanda ribut pasir setinggi 100 meter pada Ahad.

Destinasi pelancongan yang terkenal dengan pelbagai kisah sejarah itu “hilang” sekejap ketika “ditelan” ribut pasir.

Seorang penduduk, Zhang, memberitahu media tempatan Jimu News seluruh bandar Dunhunag bergelap selama lima hingga ke enam minit.

“Tiba-tiba gelap, saya tidak nampak cahaya matahari,” katanya.

Menurut agensi berita China News Service, ribut pasir sering berlaku ketika musim bunga, dan jarang berlaku semasa musim panas. – AFP, 27 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen