HASIL tinjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGTN) mendapati 80% responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik Covid-19 dicemari politik.
Tinjauan umum selama dua hari bermula Sabtu itu yang menggunakan bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Mandarin, Inggeris, Rusia, Perancis, Sepanyol dan Arab.
Setakat 10 malam, Ahad, 90% responden yang berbahasa Sepanyol menerusi platform Twitter bersetuju usaha merungkai asal usul pandemik Covid-19 dicemari politik.
Diikuti responden bertutur bahasa Perancis, Rusia, Inggeris dan Arab yang masing-masing mewakli 88%, 83%, 70% dan 68%.
Sementara itu, kadar persetujuan tersebut direkodkan sebanyak 83% responden berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia menerusi platform Facebook, manakala 95% melalui platform mikro blog China.
Menurut hasil tinjuan itu lagi, 83% responden berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia menyuarakan sokongan mereka bahawa penyelidikan perlu dilakukan di pelbagai negara untuk mengesan asal usul Covid-19 menerusi platform Twitter.
Soalan yang sama juga turut mendapat sebanyak 79% sokongan di platform Facebook dan 93% di platform mikro blog China.
Selain itu kebanyakan responden memilih langkah “meningkatkan bekalan vaksin”, “mempercepatkan tindakan perubatan dan rawatan” dan “menutup kawasan yang dilanda wabak” sebagai tugas mendesak untuk memenangi perjuangan melawan pandemik ini.
Hanya 17% responden di platform Twitter dan 2% di platform Facebook memilih usaha mengesan asal usul koronavirus perlu dilakukan dengan segera. – Bernama, 27 Julai, 2021.
Komen